Tarikh      : 06 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Menengah


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dilakukan adalah untuk memudahkan pelajar tersebut untuk membuat permohonan kolej vokasional. Permohonan ini juga dapat menjimatkan masa dan kos daripada berurusan di pejabat.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu pelajar tersebut untuk membuat permohonan kolej vokasional dan memberi penerangan tentang langkah-langkah permohonan tersebut dan butiran-butiran maklumat yang diperlukan semasa proses permohonan dibuat.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 05 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan


Tujuan :

Tujuan proses muat turun dokumen tersebut adalah untuk memudahkan usahawan untuk mendapatkan sijil perniagaan mereka dengan hanya melalui sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, dapat memudahkan urusan usahawan serta menjimatkan masa dan tenaga mereka daripada berurusan di Ibu Pejabat SSM.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan tersebut memuat turun sijil perniagaan daripada lama sesawang SSM. Petugas juga menghantar salinan sijil tersebut di aplikasi 'whatsapp' dan emel untuk dijadikan sebagai simpanan dokumen kepada usahawan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 01 Ogos 2023

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan permohonan melalui sistem ini dilakukan adalah untuk memudahkan urusan kepada bakal pasangan yang akan berkahwin untuk membuat permohonan perkahwinan secara atas talian. Selain itu, permohonan ini juga dapat menjimatkan menjimatkan masa dan tenaga berbanding berurusan di Pejabat Agama Islam Negeri.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah permohonan di dalam sistem tersebut dengan memaklumkan kepada pemohon tentang butiran-butiran yang diperlukan sebelum mengisi permohonan tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 04 Ogos 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi -  12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pemahaman kepada para peserta dalam tahap penguasaan asas di dalam operasi matematik seperti operasi tambah, tolak dan darab. Selain itu, para peserta diuji tentang pemahaman mereka melalui permainan aplikasi 'crossmath'. 

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi ujian sifir kepada para peserta dengan tujuan untuk mengukur kepantasan dan kecekapan para peserta dalam menulis sifir dengan betul. Petugas juga memberi latihan operasi melalui aplikasi 'crossmath' kepada para peserta supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam mata pelajaran matematik.

Lampiran Gambar Aktiviti 

 

Tarikh      : 23 Julai 2023

Masa       :  Jam 11.00 Pagi -  12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang pemakanan haiwan. Selain itu, para pelajar diuji pengetahuan mereka melalui kuiz sebagai latihan pengetahuan mereka.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas tentang tajuk pemakanan haiwan kepada para pelajar. Topik ini menerangkan tentang cara pemakanan haiwan tersebut dengan ikut kategori herbivor, karnivor dan omnivor.

Lampiran Gambar Aktiviti