Tarikh      : 08 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang peranan dan fungsi utama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini kepada komuniti setempat. Para peserta juga didedahkan dengan kelas latihan ICT secara percuma yang dianjurkan oleh pihak PEDi.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan peranan dan fungsi utama PEDi terhadapt komuniti setempat. Selain itu, petugas PEDi memberi penerangan tentang perkakasan-perkakasan asas yang terdapat pada komputer. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 07 Sept 2023

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar IPTA


Tujuan :

Tujuan pembukaan akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN ini adalah untuk memudahkan urusan pelajar tersebut untuk membuat permohonan secara atas talian. Ini juga akan memudahkan urusan dan menjimatkan masa pelajar tersebut daripada berurusan di kaunter cawangan.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan panduan dan langkah-langkah untuk membuat permohonan SSPN dan PTPTN. Petugas PEDi membantu pelajar tersebut dengan membeli nombor pin secara atas talian sebelum membuat pendaftaran akaun. Petugas PEDi juga membantu pelajar tersebut membuat pendaftaran akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN dengan memasukkan butiran-butiran maklumat yang dikendaki oleh sistem tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 05 Sept 2023

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan


Tujuan :

Tujuan pembukaan akaun ini adalah bertujuan untuk memudahkan peserta tersebut untuk membuat semakan status nama peserta tersebut daripada disenarai hitam.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta tersebut dengan mengajar langkah demi langkah berkenaan tatacara pendaftaran akaun CTOS tersebut sehingga berjaya. Petugas juga memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan dan fungsi utama CTOS ini kepada peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 06 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan semakan penyata Kumpulan Simpanan Wang Simpanan (KWSP) ini adalah untuk menyemak jumlah simpanan yang ada setelah penolakan akaun dibuat daripada faedah gaji pekerja.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi penerangan berkenaan cara-cara pendaftaran i-Akaun KWSP dan membantu peserta dengan membuat pendaftaran dan memasukkan butiran-butiran yang diperlukan semasa proses pendaftaran dilakukan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 03 Sept 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah dan Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran terhadap kepentingan membuat kata laluan yang kuat supaya lebih selamat dan tidak dicerobohi oleh penggodam luar. Selain itu, para peserta di uji tentang tahap kreativiti mereka dengan membuat poster sempena bulan kemerdekaan.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah untuk membuat kata laluan yang sangat baik dan lebih kukuh supaya tidak dapat digodam oleh penggodam. Selain itu, peserta juga diajar oleh petugas tentang cara untuk membuat poster merdeka melalui aplikasi 'canva'.

Lampiran Gambar Aktiviti