KREATIVITI DAN MULTIMEDIA Nama : Muhd Hasnie Izwan Bin Samuni Umur : 12 tahun Ahli : Mei 2017 |
Latar Belakang :
Saya merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Saya merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin yang terletak di Negeri Sembilan. Saya juga merupakan pelajar tahun 6 di sekolah itu dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Untuk makluman, saya berasa sangat sukar untuk membuat ulangkaji pelajaran sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Ini adalah kerana kemudahan yang disediakan adalah sangat terhad, terutamanya di sekolah. Walaupun terdapat perpustakaan di sekolah, namun jumlah bilangan buku yang ada untuk digunakan dan dipinjam adalah sangat terhad berbanding dengan bilangan pelajar di sekolah. Selain itu, saya juga mempunyai kekangan masa untuk belajar di rumah kerana terlalu banyak masa dihabiskan sewaktu di sekolah seperti kelas tambahan dan aktiviti sukan dan kelab persatuan pada waktu petang. Saya juga menggunakan cuti hujung minggu untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah diberi oleh guru untuk disiapkan. Permasalahannya adalah, sekiranya terdapat kekeliruan dan pertanyaan terhadap tugasan yang diberi dan bagaimana cara untuk bertanya dan menyelesaikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Alhamdulillah, saya berasa lega dan gembira kerana terdapat satu tempat yang boleh membantu dan menyelesaikan masalah saya dengan lebih cepat dan berkesan. Pusat Internet telah banyak memberi tunjuk ajar saya dalam pembelajaran dan menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh guru di sekolah. Pusat Internet juga membantu saya tentang pembelajaran secara atas talian (E-Learning) melalui beberapa laman sesawang yang telah disediakan. Pusat Internet juga memudahkan lagi komuniti-komuniti di sekitar kawasan berhampiran dengan menyediakan perkhidmatan seperti internet, perkhidmatan percetakan dan kelas ICT dan usahawan bagi semua kategori.