Tarikh      :  24 Mac 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penyuntingan video dengan menggunakan perisian 'filmora'. Perisian tersebut memudahkan lagi para pelajar untuk membuat suntingan sesebuah video. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perisian terbaru bagi sesebuah perisian suntingan video tersebut.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang pengenalan perisian 'filmora'. Selain itu, para pelajar diberi latihan untuk membuat suntingan sebuah video untuk menjadi lebih menarik. Para pelajar diajar untuk menghasilkan sebuah video yang baik dan berkualiti serta dapat menarik para penonton untuk melihat video tersebut..

Lampiran Gambar Aktiviti 

 

 


Tarikh      :  18 Mac 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pembangunan bagi sesebuah laman web yang sering digunapakai di internet. Selain itu, meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam asas-asas kod 'HyperText Markup Language (HTML)' dalam pembangunan laman sesawang.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang pengenalan asas HTML. Selain itu, para pelajar diajar untuk menggunakan kod-kod asas dalam HTML bagi proses pembangunan laman sesawang. Tambahan pula, dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam teknik dan proses pembangunan laman sesawang.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 


Tarikh      :  16 Mac 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar dalam penggunaan perkataan dalam bahasa inggeris. Selain itu, membantu melancarkan lagi cara sebutan dan ejaan perkataan dalam bahasa inggeris.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang tugasan yang diberikan kepada mereka. Para pelajar ditugaskan untuk menyalin semula teks karangan bahasa inggeris tersebut dan perlu peka tentang kesalahan-kesalahan ejaan yang terdapat di dalam tugasan tersebut. Selain itu, para pelajar dilatih menggunakan perisisan 'Microsoft Word' sebagai latihan menaip. 

Lampiran Gambar Aktiviti :


Tarikh      :  17 Mac 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar tentang kepentingan dalam menjaga keselamatan komputer. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan komputer supaya tidak dimasuki oleh orang yang tidak diketahui.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang langkah-langkah keselamatan yang terdapat pada komputer. Selain itu, para pelajar diajar dalam penggunaan kata laluan yang lebih selamat supaya tidak dapat dimasuki oleh orang yang tidak dikenali. Tambahan pula, para pelajar diajar berkenaan cara-cara keselamatan dalam muat turun dan penggunaan perisian secara atas talian agar tidak terkena jangkitan virus komputer.

Lampiran Gambar Aktiviti 

 


Tarikh      :  25 Februari 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  Syed Haja Alavudeen Khaleefullah (Usahawan Runcit)


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih dan membantu usahawan dalam meningkatkan lagi urusan perniagaan. Usahawan juga dapat sedikit ilmu pengetahuan dalam mengatur strategi dalam perniagaan. Tambahan pula, usahawan dapat mempromosikan perniagaannya secara atas talian seperti my shop dan media sosial. 

Aktiviti :

Usahawan diberi penerangan mengenai pengenalan dan objektif utama Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) kepada komuniti setempat. Usahawan juga diberi penerangan berkenaan aplikasi terbaru di PI1M iaitu dashboard komuniti seperti my shop. Usahawan diajar tentang penggunaan my shop sebagai platform kemudahan kepada usahawan untuk mempromosikan produk mereka secara atas talian. 

Lampiran Gambar Aktiviti :