|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pembangunan bagi sesebuah laman web yang sering digunapakai di internet. Selain itu, meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam asas-asas kod 'HyperText Markup Language (HTML)' dalam pembangunan laman sesawang.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang pengenalan asas HTML. Selain itu, para pelajar diajar untuk menggunakan kod-kod asas dalam HTML bagi proses pembangunan laman sesawang. Tambahan pula, dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam teknik dan proses pembangunan laman sesawang.