Tarikh      :  03 Januari 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  18 Orang


Tujuan :

Tujuan perkongsian ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu kepada para pelajar tentang cara asas memasukkan tandatangan ke dalam Microsoft Word dan langkah-langkah untuk membendung masalah tularnya berita palsu di media sosial.

Aktiviti :

Petugas berkongsi maklumat kepada para peserta di media sosial seperti di whatsapp dan facebook sebagai platform perkongsia di atas talian. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  17 Disember 2021

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan langkah-langkah keselamatan di dalam penggunaan internet di media sosial. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan buli siber kepada para pelajar dan para pelajar mempelajari jenis-jenis bentuk dan menghasilkan bentuk menggunakan aplikasi paint pada komputer.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  03 & 04 Disember 2021 (Jumaat & Sabtu)

Masa       :  Jam 2.30 Petang-3.30 Petang & 10.45 Pagi - 12.15 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Mohd Thaqif Bin Wahyudi


Tujuan :

Tuisyen ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar tersebut dalam pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran dalam teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Aktiviti :

Pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen online tersebut melalui bimbingan tenaga pengajar yang telah tersedia oleh pihak penganjur. Pelajar tersebut mendengar dan membuat latihan modul pengukuhan serta kuiz secara atas talian yang telah disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  05 Disember 2021

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  80 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mempelbagaikan kelas dan mempelbagaikan pembelajaran bahasa. Kelas ini merupakan kerjasama antara MSD Innovation dan Pusat Internet Komuniti (PIK). Kelas ini juga adalah terbuka kepada semua kategori yang ingin menambah ilmu bahasa.  

Aktiviti :

Petugas menyediakan 'link' kelas secara atas talian sebagai persediaan para pelajar menyertai kelas tersebut. Kelas tersebut telah diajar oleh seorang tenaga pengajar jemputan daripada pihak penganjur.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  19 November 2021

Masa       :  Jam 10.00 Petang - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  19 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam mengenal abjad dan nombor dengan mahir dan cekap.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan tentang pengenalan dan beberapa peraturan di Pusat Internet serta slot ringkas tentang keselamatan komputer dan penggunaan internet. Seterusnya, petugas mengajar  tentang pengenalan asas komponen komputer dan pembelajaran adjad serta nombor kepada para pelajar Tabika APC Pajam. 

 Lampiran Gambar Aktiviti