Tarikh      :  16 Julai 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  15 orang (Group Whatsapp Kuiz KDB)


Tujuan :

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi perkongsian pengetahuan dan pendedahan dalam langkah-langkah untuk menangani macau scam dan adab pergaulan di dalam media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya.

Aktiviti :

Petugas berkongsi informasi di dalam media sosial sebagai paparan dan panduan kepada para pelajar dan komuniti setempat sebagai pengetahuan dan dijadikan dalam penerapan keselamatan daripada terjebak dengan scammer serta menjaga adab perbualan di media sosial agar tidak timbul perbalahan sesama pengguna di media sosial.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 Julai 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12 Tengah hari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  2


Tujuan :

Tujuannya adalah memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna untuk menjawab peperiksaan secara atas talian dan mempelajari ilmu ICT seperti membuat poster program.

Aktiviti :

Petugas PEDi menyediakan kemudahan kepada pengguna seperti komputer dan internet supaya memudahkan urusan pengguna untuk melakukan sebarang tugasan seperti pengguna menjawab peperiksaan secara atas talian. Selain itu, pengguna diajar oleh petugas PEDi untuk menghasilkan poster program menggunakan aplikasi 'postermywall'.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  13 Jun 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  64


Tujuan :

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran diri kepada semua masyarakat dalam penipuan kewangan terutamanya di dalam pembelian secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas PEDi berkongsi pautan video berkenaan Bicara Klik Dengan Bijak yang dikendalikan oleh pihak SKMM secara langsung di media sosial iaitu Facebook kepada pengikut-pengikut di laman media sosial tersebut agar mereka juga dapat berkongsi ilmu tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 Jun 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  72


Tujuan :

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran diri kepada semua masyarakat dalam etika semasa pembelian secara atas talian dan sentiasa berwaspada dengan scammer agar dapat mengelakkan daripada ditipu dalam pembelian sesuatu barang secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas PEDi berkongsi pautan video berkenaan Bicara Klik Dengan Bijak yang dikendalikan oleh pihak SKMM secara langsung di media sosial iaitu Facebook kepada pengikut-pengikut di laman media sosial tersebut agar mereka juga dapat berkongsi ilmu tersebut. Selain itu, para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz yang disediakan sebagai pemahaman diri selepas bicara KDB tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  09 Jun 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Nur Muhammad Hafizuddin Bin Rosli


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini adalah untuk meningkatkan kemahiran di dalam merekabentuk lakaran gambar menjadi 'polaroid' untuk dijadikan sebagai koleksi atau hiasan dinding. 

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu pelajar dengan menerangkan langkah-langkah untuk membuat 'polaroid' melalui perisian 'adobe photoshop' supaya dapat menghasilkan gambar yang cantik dan terbaik.

 Lampiran Gambar Aktiviti