Tarikh      :  03 September 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Raja Fatin Zuhanis

 


Tujuan :

 

Tujuan permohonan ini adalah untuk memudahkan pemohon untuk memohon permohonan kolej tersebut. Ini juga akan memudahkan pemohon untuk membuat semakan keputusan permohonan.

 

Aktiviti :

 

Petugas membantu pemohon untuk memasuki laman sesawang Kolej Baitulmal dan menerangkan cara-cara untuk membuat permohonan kolej tersebut.

 

 Lampiran Gambar Aktiviti 

 


Tarikh      :  03 September 2022

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 11.45 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Muhammad Aidil Naufal Bin Khairul Anuar


Tujuan :

Tujuan kelas pembelajaran ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran melalui bantuan bimbingan guru-guru yang telah dilantik untuk mengajar tuisyen tersebut.

Aktiviti :

Petugas membantu pelajar dengan menyediakan kemudahan pembelajaran seperti komputer dan internet untuk memudahkan pelajar semasa  pembelajaran kelas dilaksanakan. Petugas PEDi juga membantu pelajar menjawab latihan dan kuiz yang telah diberikan oleh guru tuisyen tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  05 Ogos 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Rakan di Facebook PEDi Taman Bukit Inai


Tujuan :

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi perkongsian pengetahuan dan pendedahan dalam langkah-langkah untuk menangani macau scam dan adab pergaulan di dalam media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya.

Aktiviti :

Petugas berkongsi informasi di dalam media sosial sebagai paparan dan panduan kepada para pelajar dan komuniti setempat sebagai pengetahuan dan dijadikan dalam penerapan keselamatan daripada terjebak dengan scammer serta menjaga adab perbualan di media sosial agar tidak timbul perbalahan sesama pengguna di media sosial.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  08 Ogos 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Syed Haja


Tujuan :

Tujuan pembaharuan passport ini dilakukan adalah untuk memudahkan pemegang passport memperbaharui passport dengan lebih cepat. Pemegang passport juga tidak perlu pergi ke Jabatan Imigresen dan menunggu giliran di kaunter untuk berurusan.

Aktiviti :

Petugas membantu pengguna untuk menggunakan sistem pembaharuan passport secara atas talian di laman sesawang Jabatan Imigresen. Petugas mengajar pengguna menggunakan sistem pembaharuan passport tersebut secara langkah demi langkah.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  17 Julai 2022

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar dalam menghasilkan lakaran poster yang lebih cantik dengan menggunakan aplikasi secara atas talian. Selain itu, membantu pelajar tentang penggunaan sistem imigresen dalam cara pembaharuan passport.

Aktiviti :

Petugas membantu pelajar dengan mengajar cara melakar poster dengan menggunakan aplikasi 'postermywall' secara asas dan langkah demi langkah. Petugas juga membantu pelajar dalam menggunakan sistem pembaharuan passport di sistem imigresen dan membuat pembayaran secara atas talian.

 Lampiran Gambar Aktiviti