Tarikh      :  17 Oktober 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan membuat pelekat produk ini adalah untuk membantu usahawan mencantikkan dan melabelkan lagi penjenamaan produk usahawan. 

Aktiviti :

Petugas membantu usahawan dalam menggunakan aplikasi Canva untuk membuat pelekat produk. Petugas membuat beberapa perbandingan produk di Shopee untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan mendapatkan idea.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  03 Oktober 2022

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan permohonan ini di lakukan adalah untuk memudahkan pengguna berurusan untuk membuat permohonan pembahagian pusaka di dalam sistem Myetapp.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah untuk membuat akaun pengguna di dalam myetapp sebelum membuat  permohonan berkenaan pembahagian pusaka di dalam sistem.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 September 2022

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  18 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan menentusahkan pengesahan berita palsu di internet melalui portal Sebenarnya.my dan mengenali dengan lebih dekat tentang kitar semula. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan portal Sebenarnya.my dan langkah-langkah untuk menggunakan portal tersebut. Selain itu, para pelajar mempelajari berkenaan kitar semula serta jenis bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Para pelajar juga diuji pemahaman dan ketangkasan dalam permainan online.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  02 Oktober 2022

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 Orang


Tujuan :

Tujuan permohonan ini di lakukan adalah untuk memudahkan para pelajar membuat permohonan secara atas talian dan pengemaskinian data Perkeso agar lebih menjimatkan masa dan kos serta tenaga.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah permohonan Kolej Vokasional kepada para pelajar yang memohon. Petugas juga membantu pengguna dalam mengemaskini data Perkeso di dalam laman sesawang Perkeso.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  09 September 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  6 Orang


Tujuan :

Tujuan permainan ini dilaksanakan adalah untuk menguji pemahaman kepada para pelajar tentang maklumat kemerdekaan. Di samping menguji kebijaksanaan para pelajar, mereka juga tahu cara teknik mencari maklumat dengan betul dan pantas.

Aktiviti :

Petugas memberi beberapa soalan kuiz berkenaan Kemerdekaan Malaysia kepada para pelajar. Para pelajar dikehendaki menjawab kuiz tersebut dengan betul dan cepat melalui aplikasi kahoot.

 Lampiran Gambar Aktiviti