Tarikh      : 06 Julai 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM


Tujuan :

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk membuat semakan keputusan permohonan tawaran peserta ke Kolej Matrikulasi bagi sesi 2023/2024.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah untuk membuat semakan permohonan tawaran ke Kolej Matrikulasi serta memuat turun borang-borang yang diperlukan bagi urusan pendaftaran.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 02 Julai 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menigkatkan kemahiran dan menguji kreativiti para peserta dalam penghasilan gambar polaroid. Di samping itu, para peserta juga boleh menjana pendapatan wang saku mereka dengan menjual gambar polaroid tersebut kepada pembeli yang berminat.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan secara ringkas kepada para peserta tentang gambar polaroid dan cara-cara untuk menghasilkan gambar polaroid tersebut secara langkah demi langkah. Selain itu, para peserta juga di ajar cara untuk menggunakan perisian 'Adobe Photoshop' secara asas.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 12 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM 2022


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dilakukan adalah membantu para pelajar SPM 2022 melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya. Pemohon boleh memohon pelbagai bidang yang mereka inginkan.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta untuk membuat permohonan dengan membuka link permohonan dan memberi penerangan kepada pemohon berkenaan bidang-bidang yang dipilih.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 17 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan para pelajar berkenaan topik sumber tenaga.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan secara ringkas kepada para pelajar berkenaan topik Sains iaitu sumber tenaga. Para pelajar juga mempelajari berkenaan jenis-jenis sumber tenaga.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 08 Jun 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  En. Nordin


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk membantu menjalankan perniagaan dan membantu meningkatkan pendapatan usahawan di dalam perniagaan terutamanya di platform digital.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan dengan memberi pengenalan jenis-jenis aplikasi perniagaan di platform digital, Selain itu, menerangkankan kepada usahawan tentang aplikasi tik tok dan langkah-langkah untuk membuat akaun tik tok.

Lampiran Gambar Aktiviti