Roti Paung Che Wan - Kedai menjual Roti Paung Che Wan yang pertama di Nilai dan Bangi. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 01:30 petang hingga 06:30 petang. Kedai ini terletak di Rumah Makan Dataran Nilai by Marhaban Bikum (Unnamed Road, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan)

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/rotipaungchewannilai/

Gastro Hub Nilai - Merupakan satu tempat untuk bersantai bersama keluarga mahupun kawan-kawan dengan sajian hidangan makanan, minuman yang lazat dan persekitaran yang sesuai untuk OOTD. 

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/gastrohub.my/?hl=en

Maboro Steak House - Adalah salah satu restoran yang menyajikan makanan barat yang terkenal di Nilai. Restoran ini berhadapan dengan dataran Nilai. Harga makanan di restoran ini juga sangat berpatutan.


Pautan instagram : https://www.instagram.com/maborosteakhouse/?hl=en (Maboro Steak House)

MMA Santai Corner - Merupakan foodcourt yang menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan seperti masakan Thailand, masakan Melayu, masakan Western dan banyak lagi. Foodcourt ini sesuai untuk menjadi tempat melepak, berehat dan bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.


Pautan Instagram : https://www.instagram.com/mmasantaicorner/?hl=en (MMA Santai Corner)

Aunty Aini's Garden Cafe - Dengan bangganya menyajikan juadah asli Negeri Sembilan dalam suasana taman kampung Melayu. Dibuka sejak 2004, Aunty Aini's Cafe terletak secara stragik di pekan kecil Nilai kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan 45 minit dari Kuala Lumpur.

 

Pautan Facebook & instagram :

https://www.facebook.com/AuntyAinisCafe/  /

https://www.instagram.com/auntyainisnilai/?hl=en (Aunty Aini's Garden Cafe)