Kedai Ayam Goreng Mok 'G yang baru sahaja dibuka sekitar Oktober 2023 yang terletak di bulatan Taman Bukit Inai bersebelahan Dewan Komuniti Batang Benar. Ayam goreng dipilih sebagai menu utama dengan harga RM 1.00 sahaja seketul. Selain itu, terdapat juga menu lain yang dijual seperti jejari kentang (french fries), bebola ikan dan naget serta minuman dengan harga berpatutan.

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/t6ncmguVuBKsDSUy9

 

Warung Patin Tempoyak Bro Nizam baru sahaja dibuka pada Mac 2022 yang terletak di lokasi jalan utama Nilai-Salak Tinggi iaitu berhampiran di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Manaf. Warung tersebut betul-betul berada di tepi jalan besar dan berkonsepkan santai. Warung tersebut menyediakan pelbagai menu kampung antaranya adalah menu ikan patin. Selain itu, turut menyediakan masakan asam pedas, masak lemak salai, menu goreng-goreng dan cendol.

Info lanjut :

Hubungi : 019 -287 1513

Facebook : https://www.facebook.com/Warung-Bro-Nizam-101500395838265/?ref=page_internal (Warung Bro Nizam)

Lokasi : https://goo.gl/maps/2Jp3sga2oum9yvn96

Gerai bomboloni yang terletak di lokasi Desa Jasmin, iaitu jalan menghala ke bulatan Bandar Baru Nilai telah menarik ramai pelanggan yang berpusu-pusu ke gerai tersebut. Terdapat pelbagai perisa yang dibuat sepert oreo, vanila, coklat, strawberry dan sebagainya dengan harga mampu milik iaitu RM1 seketul. Waktu operasi gerai tersebut adalah bermula sekitar 4.00 petang sehingga 7.00 petang.

Hubungi : 018-222 1941

 

Cendol sagu rumbia merupakan minuman yang unik dan sangat popular di kawasan Labu dan Nilai Negeri Sembilan. Cendol sagu rumbia ini berbeza daripada cendol-cendol yang terdapat di tempat-tempat makan yang lain. Antara bahan yang terdapat dalam cendol sagu rumbia tersebut adalah santan, gula merah dan sagu rumbia sahaja berbanding daripada bahan-bahan yang ada pada cendol biasa seperti kacang merah, jagung, dan cendol hijau.

Alamat : Kampung Sungai Lambar Labu, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Facebook : https://www.facebook.com/rohaisham.tahar?ref=br_rs (Rohaisham Tahar)

Jemapoh Pizza Kayu Api Nilai baru sahaja dibuka di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Ini merupakan cawangan yang ke-3 pada akhhir Januari 2022 dibuka selepas cawangan di Jemapoh dan Semenyih. Kedai ini hanya membuka perniagaan roti pizza sahaja. Antara keunikannya adalah dibakar tanpa menggunakan ketuhar tetapi menggunakan dapur kayu yang tersendiri. Terdapat 3 jenis pizza yang dijual sebagai menu utama. 

Facebook : https://www.facebook.com/Jemapoh-Pizza-Kayu-Api-NILAI-104864865446121 (Jemapoh Pizza Kayu Api NILAI)