Tarikh      :  22 Disember 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :  12 orang


Tujuan :

Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan papan cerita, skrip dan video. Selain itu, memberi pengalaman situasi yang sebenar di dalam pelaksanaan video di set penggambaran.  

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta-peserta bengkel tentang modul papan cerita, skrip dan video. Petugas telah membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan berdasarkan soalan yang ditetapkan. Para peserta diminta menggunakan perisian 'Microsoft Office : Power Point' sebagai tugasan mereka dan membentangkan tugasan tersebut kepada petugas.

Lampiran Gambar Aktiviti