RUTIN HARIAN SEMASA PKP

Amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

#StaySafe  #StayAtHome #BreakTheChain

Laporan Kluster Covid19 yang aktif di Malaysia.

KKM telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor, COVID-19 pada 22 Mac 2020.
Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19.

Jangkitan di kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP.

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 21 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,482 kes dengan 61.09% telah sembuh bersamaan 3,349 pesakit dan 1.68% atau 92 kematian.

#StayAtHome  #StaySafe #BreakTheChain

Kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting dalam membantu Kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Ini terutama bagi memastikan tidak berlaku jangkitan merentas negeri, daerah dan mukim. Selain daripada aktiviti kawalan sempadan (border control), pematuhan masyarakat terhadap PKP akan seterusnya memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

#StaySafe  #StayAtHome  #BreakTheChain

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 20 April 2020.

Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Terdapat 36 kes baharu positif , jumlah yang terendah pernah dilaporkan.
 
#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain