Sekiranya anda bersenam, berlari & berbasikal, anda TIDAK perlu memakai topeng muka. Paling penting pastikan ada jarak sosial, jangan rapat rapat antara satu sama lain.

#StaySafe  #KitaMestiMenang  #BreakTheChain

Patuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Kerjasama erat ibu bapa, guru, murid dan warga sekolah amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah dapat dilaksana dalam keadaan selamat.

#StaySafe  #KitaMestiMenang  #NormaBaharu

Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.

Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.

Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.

Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu.

#StaySafe  #KitaMestiMenang  #NormaBaharu

RAKYAT MALAYSIA TERUS PATUHI SOP PKPP

Kita boleh lakukannya bersama-sama. Kita mesti menang.

#StaySafe  #KitaMestiMenang  #NormaBaharu

 

Kawalan kendiri merupakan kunci utama dalam membendung COVID-19. Amalkan penjarakan sosial setiap masa.

#StaySafe  #KitaJagaKita