Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 12 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 4,683 kes dengan 45.01% telah sembuh bersamaan 2,108 pesakit dan 1.62% atau 76 kematian.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=130#sigFreeId0eb4841c8d
Sekiranya anda mengalami masalah atau gangguan emosi ketika ini. Hubungi Khas Kaunseling Covid-19 di Talian Kasih 15999 & Whatsapp Talian Kasih di 019 2615999. Kami Sedia Membantu Anda.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=130#sigFreeId88208893df
Antara sektor perkhidmatan yang DIBENARKAN operasi dengan bersyarat perlu membiat permohonan secara atas talian (online) di laman sesawang MITI (www.miti.gov.my) dan hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT sahaja AKAN DIPROSES.
#STayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=130#sigFreeId7e00803bc1
Jika anda ingin mengetahui senarai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh lanjutan PKP sehingga 28 April 2020, sila rujuk gambar rajah di bawah.
#StaySafe #StayAtHome
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=130#sigFreeIdeec31c4e9f
Seperti diketahui umum, isu berkaitan kekurangan PPE adalah isu global di mana hampir semua negara terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan penggunaan PPE telah meningkat secara amat mendadak. Isu ini sememangnya rumit, namun diperhatikan bahawa setakat ini di KKM, isu utama adalah berkaitan distribusi dan mobilisasi stok ke fasiliti yang menghadapi kekurangan PPE, serta pola penggunaan PPE oleh petugas kesihatan. Sumbangan PPE oleh pelbagai pihak sememangnya membantu dan jutaan terima kasih diucapkan.
Bagi memantau rapat paras stok dan kadar penggunaan bagi setiap jenis PPE di setiap negeri, KKM telah menggunakan sistem database mudah yang dikendalikan oleh Pegawai di setiap Jabatan Kesihatan Negeri, hospital-hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (termasuk semua Klinik Kesihatan di bawah masing-masing PKD) di mana pelaporan harian adalah dibuat secara atas talian. Laporan ini dipantau rapat di peringkat Ibu Pejabat KKM dan tindakan mobilisasi stok akan dibuat terus sekiranya didapati terdapat stok yang berkurangan bagi mana-mana fasiliti KKM.
Sebagai langkah memantapkan lagi pelaporan ini, KKM memohon sesiapa sahaja (termasuk kakitangan) yang mempunyai maklumat kekurangan PPE di mana-mana fasiliti KKM (jabatan/klinik/hospital/PKD KKM), bolehlah membantu KKM dengan mengemukakan maklumat terus kepada Pegawai yang dikenal pasti di peringkat Negeri untuk semakan segera dan tindakan mobilisasi mengikut keperluan dan prioriti. Senarai nama, nombor telefon dan email pegawai bagi setiap negeri adalah dilampirkan.
KKM juga menyeru penggunaan PPE secara cermat dan berhemah oleh semua kakitangan KKM. Perjuangan ini masih panjang. Andalah aset utama Negara dalam menghadapi penularan COVID-19 ini dan KKM amatlah prihatin dengan kesejahteraan anda.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=130#sigFreeId9f40461efc