Sehingga 24 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat DUA (2) KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 sebanyak 433 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan sebanyak 80 KES dengan SATU (1) KEMATIAN

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain