KERAJAAN NEGERI SEMBILAN telah mengambil inisiatif melanjutkan tempoh pembayaran akhir cukai tanah daripada 31 Mei 2020 kepada 31 Julai 2020 TANPA BAYARAN DENDA LEWAT.

Inisiatif ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam menangani penularan wabak COVID-19 di Negeri Sembilan.

Pembayaran Cukai Tanah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilakukan secara online melalui https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain