Sehingga 17 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 13 KES BARU POSITIF COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 402 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 7 KES.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 137 KES POSITIF COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.

Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah, bermula 4 hingga 17 April 2020, Seremban mencatatkan 155 kes (kekal ZON MERAH), manakala Rembau mencatatkan 12 kes (kekal ZON KUNING). Daerah lain kekal ZON KUNING.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain