Kwsp Dah pakai sistem baru

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera
Tuan. / Puan yg budiman.... Sy mohon dan merayu agar Tuan / Puan duduk rumah dan tidak membanjiri kiosk kwsp sekiranya dibuka.. Perkhidmatan kiosk tidak diperlukan...

KWSP telah menyediakan platform baru untuk memudahkan ahli memohon pengeluaran i-lestari..

Untuk memohon,
sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
dan rujuk panduan dibawah....

Cara memohon :

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih Permohonan Baharu.

3. Isikan Nama Penuh, No Ic, No Telefon Bimbit, Alamat e-Mel, Alamat dan Poskod.

4. Pilih Jumlah Amaun Permohonan Sebulan (RM).

5. Pilih Bank dan masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) yang Aktif.

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon.

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat diisi dengan BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Tekan HANTAR dan permohonan anda telah berjaya dihantar.

Boleh semak STATUS PERMOHONAN yg dihantar melalui online ni dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan ni di hantar.

 

#StayHome  #StaySafe