MICROSOFT OFFICE DAN PENGURUSAN EMEL Nama : Cik Nor Faezah Bt Roslan Umur : 32 tahun Ahli : Julai 2017 |
Latar Belakang :
Nor Faezah merupakan seorang kerani di salah sebuah pejabat swasta yang terletak di Bandar Baru Nilai. Beliau baru sahaja berpindah ke Batang Benar, Mantin dan rumah beliau berhampiran dengan Pusat Internet Taman Bukit Inai. Beliau telah berkunjung ke PI untuk memohon tunjuk ajar dalam meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer. Beliau mempelajari 'microsoft office' sebagai penambahan kemahiran beliau dalam kerja-kerja dokumentasi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Saya merupakan seorang yang suka menggunakan komputer untuk mendengan lagu di youtube dan mencari maklumat di internet. Namun, itu hanyalah pengetahuan asas bagi saya sahaja. Sebagai seorang kerani, saya banyak melakukan kerja-kerja manaip dokumen seperti menggunakan perisian microsoft word dan microsoft excel. Saya amat kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam menggunakan perisisan tersebut. Asas menaip saya juga tidaklah mahir sama sekali dan mengambil masa yang lama untuk menaip bagi satu dokumen kerja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Saya berasa gembiara kerana mengetahui Pusat Internet telah diwujudkan di kawasan tempat tinggal saya. Saya mengambil ini sebagai satu inisiatif kemudahan kepada saya dan komuniti setempat untuk menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PI. Petugas PI telah membantu saya dengan mengajar saya di dalam kelas latihan ICT tentang asas menaip sehingga mahir. Selain itu, saya diajar langkah-langkah untuk menggunakan papan kekunci dengan lebih betul dan cepat. Petugas PI1M juga mengajar saya mengenai shortcut papan kekunci seperti cara untuk membuat cut, copy dan paste dan sebagainya supaya kerja yang dilakukan lebih pantas. Saya juga mempelajari dengan lebih mendalam mengenai microsoft word dan microsoft excel seperti pembinaan jadual, masukkan gambar dan spacing.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/141-celik-it-suku-tahun-ke-4-2017#sigFreeIda4afad93ee