Perkhidmatan penghantaran makanan menerusi ehailing selamat dan berisiko rendah untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan.
Ini kerana perkhidmatan ini;

1.  Tidak berada rapat dengan pelanggan untuk tempoh masa yang lama.

2.  Berada di tempat yang terbuka.

3.  Transaksi pembayaran secara online.

4.  Komunikasi menggunakan telefon.

Untuk pengendali perkhidmatan COD

- Jangan beroperasi sekiranya anda bergejala
- Pastikan anda memakai penutup muka
- Kerap basuh tangan- sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
- Jangan berdiri terlalu rapat dengan pelanggan
- Bersihkan dan disinfeksi bekas penyimpan makanan 2 kali sehari
- Selepas pulang, basuh pakaian dengan sabun dan terus mandi

Untuk pelanggan

- Elakkan berdiri rapat dengan pengendali COD (social distancing)
- Pilih kaedah pembayaran secara online
- Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
- Masukkan makanan ke dalam bekas makanan anda yang bersih

Sekiranya tidak sihat dan bergejala, jangan beroperasi, rehat dan dapatkan pemeriksaan di fasiliti berhampiran.

#StaySafe  #StayAtHome  #BreakTheChain

 

Sekiranya anda telah dikesan sebagai kontak repat bagi Indvidu yang telah dijangkiti Covid 19, sila beri kerjasama untuk hadir dan melakukan ujian saringan.

Petugas akan meminta anda mendonggakkan kepala dan sebatang putik kapas halus yang panjang akan dimasukkan menerusi rongga hidung sehingga ke hujung.

Sewaktu ini, anda mungkin rasa tidak selesa, ingin terbersin atau berair mata. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit jika anda memberi kerjasama baik.
.
Cara terbaik untuk mengelakkan dari menjadi suspek covid dan mengelakkan dari melalui prosedur ini adalah dengan terus duduk di rumah dan menjauhi sebarag perjumpaan awam pada ketika ini.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain

#COVID19 Stay healthy at home!

Avoid or reduce alcohol consumption.

Alcohol can weaken your immune system and should be avoided, particularly during self quarantine.

#StayAtHome  #StaySafe

NAMPAK NORMAL TAPI SEBENARNYA POSITIF COVID-19

Anda tahu perkara ini? Walaupun anda tidak bergejala atau normal, boleh jadi juga anda positif COVID-19. Tak percaya?

Mari rujuk data pesakit COVID-19: (1) 88% di Tahap 1 & 2, (2) 7% di Tahap 3 & 4 dan (3) 5% di Tahap 5.

Oleh sebab itu, kena patuh PKP kerana mungkin sahaja anda menjadi 'Carrier' atau 'Pembawa'. Kerana, jampi paling mujarab sekarang: Cegah, cegah dan cegah!

#StaySafe  #StayAtHome  #BreakTheChain

Jom lakukan aktiviti senaman di dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#StayAtHome  #StaySafe