Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia akan kembali semula bertugas di pejabat (bergantung sektor yang dibenarkan), majikan perlu memastikan adanya waktu kerja anjal agar dapat dielakkan jumlah pekerja yang ramai dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, saranan penjarakan sosial (1 meter dari orang lain) dan penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan air dan sabun secara kerap masih perlu diamalkan.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #SocialDistance

SENARAI AKTIVITI INI TIDAK DIBENARKAN BERDASARKAN JUSTIFIKASI YANG DIKELUARKAN OLEH KKM SEPERTI BERIKUT

1. Sukar untuk mengawal keadaan dimana terdapat ramai orang pada satu satu masa.
2. Kemungkinan terdedah kepada titisan pernafasan
3. Sukar untuk mengawal perilakuaan
4. Kemungkinan berlaku kontak rapat dalam masa yang panjang tidak dapat dielakkan
5. Berada dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama

Mungkin ada yang kurang berpuas hati, namun percayalah ia untuk kebaikan bersama

Elakkan jadi mangsa berita palsu.

Tidak Pasti Jangan Kongsi.

#TidakPastiJanganKongsi  #StayHomeStaySafe

Cegah Kluster Shopping Raya.

Agak sukar untuk mengawal penjarakan sosial di gedung pakaian dan persiapan aidilfitri.

Mengapa ambil risiko dengan bawa pulang virus corona ke rumah anda?

1. Pilihan membeli secara atas talian (online).

2. Jangan bersesak di pusat beli belah.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain

Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei 2020.

9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.

1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask)

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online)

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

 

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang