Assalamualaikum.
Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.

MyDestination bm

Dimaklumkan pada tahun ini pertandingan aktiviti dalam Dashboard Komuniti di lanjutkan lagi, bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sebagai penghargaan kepada komuniti yang memberi sokongan pada aplikasi ini.

Berikut saya lampirkan butiran terperinci berkenaan pertandingan Dashboard Komuniti 2018:

1) Pertandingan Module My Shop (mac-apr)-bermula pada hari ini 26 mac 2018 
2) Pertandingan Module My Health (mei-Ogos)
3) Pertandingan Module My Career (Sept - Dis)

**Setiap Modul mengandungi 20 soalan.
**Soalan akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.