E-PEMBELAJARAN, SUNTINGAN VIDEO DAN MULTIMEDIA Nama : Muhammad Mazwan Haikal Bin Mazlan Umur : 13 tahun Ahli : Ogos 2016 |
Latar Belakang :
Saya merupakan anak sulung di dalam keluarga daripada 3 orang adik beradik. Saya bersekolah di SMK Taman Semarak dan berada tingkatan 1. Saya seorang yang gemar akan penggunaan komputer, terutamanya mendengar lagu-lagu inggeris di ‘youtube’ dan menonton filem melalui internet. Saya juga seorang yang rajin melakukan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum wujudnya Pusat Internet di kawasan tempat tinggal saya, saya hanya menggunakan data internet yang ada pada telefon bimbit ibu bapa saya sahaja. Namun, semua itu adalah sementara sahaja dan tidak pantas untuk membuat pencarian maklumat di internet. Selain itu juga, waktu saya menggunakan internet adalah terbatas kerana ibu bapa saya juga menggunakan telefon mereka untuk kerja-kerja mereka. Di sekolah pula, saya mempunyai masa-masa tertentu sahaja untuk pergi ke makmal komputer kerana terikat dengan waktu jadual sekolah dan ini juga akan menyukarkan saya untuk melakukan sebarang tugasan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Setelah mendengar khabar berita baik bahawa Pusat Internet telah dibuka saya berasa sangat gembira dan tidak akan melepaskan peluang yang telah diberi dengan sebaik-baiknya. Saya telah menyertai kelas-kelas latihan ICT yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. Saya juga menggunakan segala kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti internet dan komputer untuk saya melakukan segala tugasan sekolah dan latihan ulangkaji. Saya juga menggunakan internet untuk mencari soalan-soalan latih tubi sebagai latihan ulangkaji saya. Petugas Pusat Internet juga memberi tunjuk ajar kepada saya tentang aspek-aspek keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu, saya juga mengikuti kelas-kelas advokasi seperti klik dengan bijak dan ‘mobile e-waste’. Saya juga turut mempelajari kelas suntingan video secara asas sebagai pengetahuan dan kemahiran saya.