Usahawan Kuih Bahulu Tradisional

Nama : Norliza Binti Nordin

Umur : 52 Tahun

Ahli   : 20 Disember 2022

 

Latar Belakang :

Puan Norliza merupakan seorang usahawan menjual kuih bahulu dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja bersama anak-anak beliau. Dengan kemahiran dan resepi turun-menurun dari keluarga beliau, beliau mengusahakan sendiri kuih bahulu tradisi beliau di sekitar kawasan Nilai, Pajam dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual kuih bahulu dikawasan luar Nilai namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi NADI Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Puan Norliza membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan laman Facebook sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM200.00 sebulan dan bergantung kepada hasil keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :

Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas NADI Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman media dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai tepung bungkus Abdul. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1000.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain seperti Shopee bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau. 

Lampiran Gambar