Asas Komputer : Kelas Intensif 'Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel)' Nama : Muhammad Danial Bin Mohd Hamidi Umur : 15 tahun Ahli : 04 Ogos 2023 |
Latar Belakang :
Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya juga minat mempelajari ilmu ICT dan bermain permainan digital adalah sebagai hobi mengisi masa lapang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Saya gemar akan mata pelajaran Sains Komputer di sekolah namun, mempunyai kekangan had masa dan peralatan semasa di sekolah mahu pun di rumah. Saya juga tidak mempunyai kemahiran yang baik di dalam bidang ICT walaupun meminati bidang berkenaan. Namun, untuk membuat kerja-kerja kursus yang diberikan juga amat sukar dari segi mencari bahan rujukan dan panduan pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih setelah mengetahui adanya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di sekitar tempat tinggal saya. Ini membuatkan saya berasa sangat teruja dan berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Begitu juga dengan layanan petugas-petugas PEDi yang sangat baik serta banyak membantu saya dan pengguna-pengguna yang berurusan di PEDi. Saya juga telah mengikuti beberapa kelas ICT yang telah dianjurkan oleh PEDi seperti asas latihan komputer dan kelas Microsoft Office.