E-Pembelajaran dan Advokasi Klik Dengan Bijak

Nama : Nurul Huda Bt Mohamad Nizan

Umur : 15 tahun

Ahli   : 19 Jun 2019


Latar Belakang :

Saya merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik-beradik di dalam keluarga. Saya menerima pendidikan di SMK Taman Semarak dan kini berada di Tingkatan 3. Saya banyak memberi focus kepada pelajaran walaupun ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan. Ini adalah sebagai persediaan saya untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Makluman berkenaan penggunaan ICT, saya mempunyai asas komputer tetapi masih kurang mahir sepenuhnya dalam penggunaan komputer terutamanya di dalam asas Microsoft Office. Namun sebelum wujudnya PEDi Taman Bukit Inai, saya berurusan di Cyber Café yang berhampiran dengan tempat tinggal. Namun penggunaan di sana adalah sangat ramai dan terhad kerana tempat tersebut secara majoritinya merupakan pusat permainan online (game) dan tempat melepak pelajar-pelajar sekolah dan ini menyukarkan lagi saya untuk berurusan. Namun, adalah sukar untuk saya membuat tugasan dan kerja sekolah di situ dan tidak selesa dengan persekitaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Kini saya berasa lebih selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PEDi seperti kemudahan internet dan komputer yang sangat baik di samping suasana yang lebih kondusif. Selain itu, petugas-petugas PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di dalam meningkatkan kemahiran ICT dan turut mengadakan kelas latihan ICT secara percuma kepada setiap ahli yang berdaftar. Petugas PEDi juga memberi tunjuk ajar saya berkenaan langkah untuk mencari maklumat dengan cepat dan tepat di internet sebagai rujukan.

Lampiran Gambar