E-Pembelajaran dan Video

Nama : Mohammad Fariez Farhan B. Md. Noor

Umur : 25 tahun

Ahli   : 29 Jun 2020


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan tinggal di kawasan Nilai yang terletak di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan. Saya telah bekerja sebagai penghantar tong gas memasak dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Beranang yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya merupakan seorang peniaga dan pemberi perkhidmatan tong gas memasak dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Beranang, Selangor. Di dalam perniagaan ini juga saya memerlukan kemahiran berkomputer untuk menyimpan data pengiraan stok keluar dan masuk kuantiti tong gas yang telah dijual. Namun saya amat kurang mahir dalam menggunakan komputer seperti penggunaan asas ‘Microsoft Office’, pencarian maklumat di internet dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah, saya menarik nafas lega dan bersyukur kerana terdapat satu tempat yang menyediakan kemudahan dan tempat untuk saya menimba ilmu tentang penggunaan komputer. Terdapat dua orang petugas yang bertugas di Pusat Internet Komuniti (PIK). Mereka membantu membantu dan memberikan pelbagai perkhidmatan yang baik dan murah seperti komputer, internet, pencetak dan fotokopi kepada saya dan seluruh komuniti setempat yang menggunakan kemudahan tersebut. Selain memberikan keselesaan kepada komuniti, petugas juga turut menyediakan kelas ICT secara percuma kepada setiap ahli Pusat Internet Komuniti (PIK). Petugas juga banyak mengajar saya dalam kelas asas komputer dan kaedah pencarian sumber rujukan di internet.

Lampiran Gambar