Tarikh      :  12 April 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Sekolah Kebangsaan Labu, Negeri Sembilan

Peserta   :  250 orang pelajar


Tujuan :

Kelas advokasi ini dijalankan antara kerjasama pihak SK Labu dan Kluster Pusat Internet daerah Seremban adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan internet dengan lebih terjamin dan selamat. Para pelajar juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan antara guru dan rakan-rakan tentang kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet terutamanya di media sosial.

Aktiviti :

Petugas-petugas Pusat Internet memberi taklimat tentang beberapa modul advokasi yang berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu, petugas memberi beberapa makluman tentang kebaikan dan keburukan yang akan berlaku kepada para pelajar sebagai pengguna. Para pelajar juga diuji dengan beberapa aktiviti yang dijalankan oleh petugas PI seperti menjawab soalan.

Lampiran Gambar Aktiviti