Tarikh      :  25 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  12 Orang 


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi semangat kemerdekaan kepada golognan-golongan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk menguji idea dan kecekapan para peserta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para peserta sepanjang aktiviti dijalankan. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas tentang jadual perjalanan aktiviti program tersebut kepada para pelajar. Para pelajar diberi beberapa tugasan dalam setiap aktiviti tersebut dan setiap peserta yang kalah akan dikenakan denda atau cabaran yang diberikan oleh petugas Pusat Internet. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah untuk menguji tahap kepantasan dan pemberian idea dalam menyelesaikan tugasan. Para peserta juga saling bekerjasama dalam kumpulan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam tugasan perbincangan.

Lampiran Gambar Aktiviti