|
Tujuan :
Membantu dan memudahkan urusan usahawan di dalam kursus pengendalian makanan secara atas talian. Selain itu, memberi pendedahan kepada usahawan tentang etika dan kaedah pengendalian premis perniagaan dengan cara yang betul.
Aktiviti :
Petugas menyediakan perkhidmatan kepada usahawan seperti komputer dan internet sebagai medium kursus yang dijalankan. Petugas membantu usahawan memasuki kursus tersebut menggunakan aplikasi google meet dengan menekan pautan yang disediakan oleh pihak penganjur. Usahawan mengikuti kursus tersebut sehingga selesai dan menjalani ujian sebagai pemahaman usahawan di dalam kelas.