|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan dan kegunaan aplikasi dashboard dalam penyampaian informasi maklumat kepada komuniti setempat.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M berkenaan aplikasi dashboard dan cara menggunakan aplikasi tersebut melalui telefon pintar dan komputer. Selain itu, para pelajar juga diberi taklimat mengenai pertandingan kuiz dashboard yang sedang dijalankan pada tahun ini.