Team Menarik Di Seremban & Sepang membawa anda ke tempat membeli-belah yang sangat terkenal di Nilai iaitu Nilai 3. Pelbagai barang yang dijual seperti barangan aksesori pengantin, perabot jati, langsir dan pelbagai lagi.

Penipuan internet merupakan suatu penipuan yang digunakan melalui penghantaran mesej kepada nombor telefon mangsa dan link khas atau dikenali sebagai spam. Jika pemangsa itu tekan link atau melanggan mesej yang diterima oleh mangsa, mangsa akan ditipu secara-serta merta tanpa disedari oleh pemangsa. Antara contoh penipuan internet adalah penipuan kewangan, seperti melanggan pembelian barangan di atas talian (online shopping). Selain itu, mesej yang menyatakan bahawa mangsa telah memenangi wang tunai yang lumayan.

 

 

Berkongsi secara berlebihan atau dikenali sebagai 'oversharing' merupakan satu tabiat yang suka berkongsi atau mengepos terlalu banyak informasi atau maklumat peribadi terlalu kerap di media sosial. Oleh yang sedemikian, ramai orang yang tidak dikenali dan bukan daripada kalangan rakan di media sosial dapat melihat segala maklumat peribadi yang dikongsikan. 

 

Pembulian siber adalah perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat), laman sesawang dan apa jua aplikasi (apps) komunikasi online yang lain. Oleh itu, jauhilah diri anda dari melakukan perkara yang boleh melukakan hati orang lain. Pembuli siber memang tidak cool langsung! Hanya orang yang tidak bertanggungjawab sahaja akan bertindak sebagai pembuli.